KUANTAN, 18 JULAI: Seorang pemuda ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di kawasan berbukit berhampiran rumahnya di Kampung Melayu Desa Kayangan, Brinchang, Cameron Highlands, semalam.
KUANTAN, 6 JAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.
KUANTAN, 13 NOV: Laluan di Kilometer (KM) 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada 4 petang tadi telah dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui.
KUANTAN, 13 OKT: Laluan Jalan Tengkolok, Seksyen 0.40, di lokasi 50 meter sebelum simpang Perumahan Makmur Cameron Jaya (PRIMA) Tanah Rata, Cameron Highlands ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini ekoran kejadian cerun runtuh.
KUANTAN, 21 SEPT: Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan...
KUANTAN, 10 APRIL: Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
CAMERON HIGHLANDS, 27 JAN: Dua mayat terakhir iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley di sini berjaya ditemukan petang tadi.
CAMERON HIGHLANDS, 27 JAN: Lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, semalam merupakan kawasan Hutan Simpan Sungai Wi D yang diterokai secara haram sejak tahun lepas oleh pengusaha kebun sayur walaupun pernah dikenakan tindakan.
CAMERON HIGHLANDS, 27 JAN: Satu lagi mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley di sini ditemukan pada 12.15 tengah hari tadi menjadikan tiga mayat telah berjaya ditemukan setakat ini.
CAMERON HIGHLANDS, 26 JAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands ditangguh pada 7 malam ini akibat hujan lebat.
CAMERON HIGHLANDS, 26 JAN: Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley dekat sini berjaya dikeluarkan pada 11.05 pagi ini.
KUANTAN, 26 JAN: Seorang lelaki maut manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi ini.
CAMERON HIGHLANDS, 1 OKT: Mayat pendaki warga India yang hilang sejak 22 September lalu di Gunung Jasar dibawa turun 11.20 pagi tadi, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
IPOH, 1 OKT: Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
IPOH, 28 SEPT: Seorang pelancong warganegara India dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands sejak 22 Sept lepas.
CAMERON HIGHLANDS, 16 JUN: Seorang lelaki yang sebelum ini dipenjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita di Lata Iskandar di sini, dikenakan hukuman penjara sembilan hari pula oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas dua pertuduhan menampar pelayan restoran.
CAMERON HIGHLANDS, 6 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands, berikutan kebimbangan berlakunya bencana alam.
IPOH, 26 OKT: Lima anggota pasukan perubatan termasuk seorang juruterbang selamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.
IPOH, 13 OGOS: Tanah runtuh atau banjir lumpur hingga menyebabkan penutupan jalan berisiko berlaku jika aktiviti pertanian haram khususnya di kawasan tanah tinggi tidak dipantau dan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
IPOH, 22 MEI: Pembantu khas kepada seorang wakil rakyat maut, selepas terjatuh dari basikal dinaikinya ketika menuruni cerun di kawasan Jalan Simpang Pulai, petang tadi.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.